Wednesday, November 18, 2009

RAHSIA KEDUDUKAN PSIKOLOGI ANAK MENGIKUT ADLER

ADLER, seorang bapa psikologis ulung yang paling dihormati selepas Freud menyatakan kedudukan kelahiran, perbalahan adik-beradik, dan peranan jantina sebenarnya berperanan penting dalam membentuk personaliti. Namun yang terpenting ialah kedudukan psikologi seseorang, bukannya kedudukan kelahiran.

Lima kedudukan psikologi menurut Adler (1968) dalam Zuria Mahmud dan Rusnani Abdul Kadir (2009) adalah seperti berikut:

1. ANAK PERTAMA: menjadi perhatian, perlu berusaha untuk terkehadapan. Berasa terancam apabila pendatang baru (tiba) dalam keluarga tersebut.

2. ANAK KEDUA: dari saat dilahirkan sentiasa berkongsi perhatian dan kasih sayang dengan anak pertama. Ini menjadikan mereka sentiasa berada dalam keadaan berlumba dengan orang lain. Mereka ini sentiasa berusaha untuk menjadi berbeza ataupun lebih baik daripada saudaranya.

3. Anak TENGAH sering berasa terasing. Boleh terasa betapa kehidupan tidak adil pada dirinya. Sentiasa mahu disimpati dan boleh menjadi anak bermasalah. Dalam keluarga yang berkonflik, anak tengah ini boleh menjadi pendamai.

4. Anak BONGSU sentiasa menjadi kemanjaan keluarga. Mereka memilih cara sendiri yang berbeza daripada saudara-mara terdahulu.

5. Anak TUNGGAL mempunyai ciri seperti anak sulung. Bagaimanapun mereka mungkin bermasalah untuk berkongsi dengan kanak-kanak lain tetapi lebih selesa berinteraksi dengan orang dewasa.

Ha ha ha. Anda DI MANA?

Rujukan:
Zuria Mahmud dan Rusnani Abd Kadir. 2009. Intervensi Keluarga dalam Membantu Remaja: Perspektif Adlerian dalam Isu-isu Kaunseling di Malaysia, suntingan Sapora Sipon et al. Kuala Lumpur: PERKAMA

0 comments:

Panduan Mendapatkan RM Pertama Anda di Internet.
Dapatkan Laporan Percuma Anda Di Sini

Ingin Bertanya?

Pertanyaan




Form View Counter
This Blog Is Created By
NazriTakuan @ CG Solution & Technology

  © Blogger template 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP