Soal Jawab
Soalan: Anak saya agak lemah dalam pelajaran walaupun saya sebagai ibu cuba pelbagai cara untuk membantunya. Bukan untuk menjadikannya terus pandai tetapi sekurang-kurang lebih baik dari sekarang. Namun, perubahannya masih belum di tahap yang memuaskan. Kenapa begitu...
Puteri Aisyah Aqilah,
Bandar Tasik Puteri,
Rawang
Jawapan:
Tidak dinafikan sebagai ibu bapa, kita mengharapkan yang baik itu kepada anak kita termasuklah anak kita itu pandai, berbudi bahasa, mendengar kata dan pelbagai lagi. Namun kadang-kadang kita lupa bahawa sesuatu yang diberikan itu ada kalanya merupakan ujian dariNya.
Sebenarnya banyak buku-buku yang boleh dibaca. Namun, jangan berhenti di situ sahaja. Anak-anak yang pintar bukan hanya kerana otaknya terangsang, tetapi seorang yang seimbang pertumbuhan dirinya. Maka, pastikan pertumbuhan emosi anak itu sihat.
Menurut Dr. Rozieta Shaari (2007), dengan memastikan si ibu benar-benar dijaga emosinya. Ketahuilah wahai bapa-bapa, pada mengandung ini, seorang wanita menjadi lebih sensitif hatinya. Mungkin kerana ketidakstabilan hormon di dalam badannya. Jagalah perasaan isteri. Mungkin anda berasa penat apa lagi jika si isteri mengidam itu dan ini. Namun ketahuilah, penat yang anda rasa itu mungkin boleh habis setelah anda berehat. Namun, bagi isteri pula ia berterusan setiap detik sehinggalah setelah pantang atau lebih.
Sekiranya isteri mengidam, itu bukan sesuatu yang dibuat-buat, secara saintifik telah membuktikan bahawa ibu itu mengidamkan sesuatu yang diperlukan oleh bayi itu untuk membesar dengan baik. Terdapat di dalam buah atau makanan yang diidamkan itu zat-zat yang diperlukan. Namun, tentulah ini semua mempunyai batasan. Jika yang diidamkan itu sesuatu yang haram, maka tentulah itu tidak datang daripada yang lain daripada hasutan syaitan.
Bila si suami menjaga baik perasaan isteri itu dan isteri berasa amat dikasihi, maka banyak endorfin wujud di dalam badan si ibu dan mengalir ke badan janinnya. Maka janin ini akan mendapat banyak tenaga positif untuk pertumbuhan emosi, intelek dan fizikalnya dengan baik. Tekanan emosi atau trauma akan menyebabkan renjatan emosi yang akan menghasilkan banyak kimia yang mempunyai kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal, mental, emosional dan spiritual janin itu. Anak-anak ini akan lahir dengan pelbagai masalah psikologi.
Dari segi spiritual pula, si bapa boleh menyediakan diri untuk mendidik anak yang bakal lahir nanti dengan perkara-perkara yang membantu anak ini menyedari keistimewaannya dan keunikannya. Si ayah boelh bercakap-cakap dengna bayi itu sejak dalam kandungan ibu lagi tentang betapa istimewanya anak ini. Bacakan ayat-ayat Al-Quran atau cerita-cerita yang memberi kesan positif. Walaupun anak itu masih dalam kandungan, sebenarnya roh anda dan roh anak itu amat bertaut.
Setelah anak itu lahir, teruskanlah pentarbiahan. Gunakan surah Luqman sebagai cahaya untuk emenrangi anda dalam mengetahui yang mana yang prioriti yang mana yang tidak. Anak-anak yang rapat dengan ayah mereka terutama anak-anak lelaki akan membesar dengan baik. Besar sebebnarnya peranan seorang ayah. Mengapa dunia sekarang ini menghadapai banyak masalah terutamanya ialah kerana kurang terdapat ayah-ayah yang benar-benar mengambil berat penglibatan diri mereka di dalam pendidikan anak-anak. Apa lagi dengan fenomena ibu tunggal yang menjadi satu kebiasaan sekarang ini.
Kecemerlangan diri kita amat bergantung rapat dengan kecemerlangan pendidikan asas yang telah kita terima. Hati individu itu perlu penuh dengan kasih sayang dan merasa dikasihi. Ia akan menjadi merah menyala dan bercahaya. Inidividu ini melakukan sesuatu di atas sebab yang paling besar maknanya iaitu untuk kepentingan umat sejagat dan seluruh ciptaan Allah. Hati yang penuh kasih sayang ini pula datangnya daripada hati yang telah menerima kasih sayang tanpa syarat daripada ibu dan bapa mereka sejak kewujudannya di dalam rahim ibunya lagi. Jika dia gagal menerima ini, tidak bermaksud dia tidak boleh berjaya namun dia akan melalui lebih banyak kesukaran.
Soalan :
Dewasa ini ramai bapa memainkan peranan seorang ibu. Maksud saya sekarang lebih ramai kaum ibu bekerja dan bapa jadi surirumah sehingga wujud sitcom mr mama. Apa pendapat puan tentang perkara ini?
Najwa Syazwani, Sg Buloh.
Respon :
Saudari Najwa. Terima kasih kerana bertanya. Tidak dapat dinafikan semakin ramai wanita berkerjaya dewasa ini. Malahan terdapat juga pasangan yang bekerja mempunyai isteri yang memiliki pendapatan yang lebih tinggi berbanding suami. Rumahtangga bermaksud perkongsian. Oleh itu, jika saudari bertanya tentang pendapat, secara positifnya saya merasakan tidak ada salahnya. Malahan ia membantu meningkatkan kasih sayang antara pasangan. Sememangnya rol bapa yang utama ialah mencari nafkah serta menyara hidup keluarganya. Pada mata kebanyakan masyarakat itulah peranan seorang bapa. Si isteri pula walaupun bekerja masih dianggap perlu untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Suzana Mohd Hoesni, 2002. Kajian oleh Goetting (1982) dan Cohen (1987) tentang peranan bapa mendapati ramai yang menyatakan bahawa mencari nafkah hanya sebahagian tanggungjawab kecil. Tanggungjawab lain juga perlu diambil kira seperti yang berkaitan dengan emosional, psikologikal, komuniti, perundangan, pengurusan rumahtangga serta penjagaan anak. Oleh itu, alangkah baiknya tidak kira siapa yang bekerja, tanggungjawab dan peranan sebaiknya diagihkan secara adil dan saksama. Tentu saudari maklum makna adil, iaitu meletakkan sesuatu ditempatnya. Jadi tentu indah sekali jika pengagihan tugas dalam rumahtangga dapat dibahagikan secara adil dan ini akan menambahkan keharmonian rumahtangga seterusnya dapat menjadi contoh terbaik kepada anak-anak sebagai pewaris generasi.
Soalan :
Saya duduk berjauhan dari isteri atas desakan tugas. Tetapi ini tidaklah memakan masa yang lama. Paling lama pun enam bulan saya perlu bertugas di luar kawasan. Bagaimanakah caranya agar kasih sayang antara kami tidak menjadi pudar?
Nashrulhakim,
Johor Bahru.
Respon :
Terdapat banyak faktor yang memaksa suami dan isteri berjauhan, terutama yang berkaitan kerjaya. Saya pasti, walaupun saudara berjauhan dari isteri, tetapi ia tetap di hati. Terdapat pelbagai cara yang boleh menyemarakkan kasih sayang walaupun terpaksa berjauhan (Sandora, 2005).
Kerap berhubung tetapi tidak memakan masa yang lama. Boleh juga sekadar menghantar sms atau ke peti mel suara.
Memberi kad ucapan tanpa perlu menunggu hari lahir sahaja. Anda boleh memberinya pada bila-bila masa. Jangan tentukan waktu.
Boleh juga membuat kejutan dengan menghantar bunga atau coklat atau hadiah. Wanita selalunya sukakan kejutan.
Ambil cuti bersama dan pilihlah lokasi yang indah!
Buat kejutan dengan menemui pasangan secara tiba-tiba.
Surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud :
‘Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian dia menciptakan kasih sayang diantara kamu. Sesungguhnya didalam hal yang demikian itu terdapat bukti-bukti bagi orang-orang yang mahu berfikir.’
0 comments:
Post a Comment