Thursday, February 19, 2009

RESIPI TUJUH L DALAM MEMBINA PERHUBUNGAN (KAUNSELOR KOMPETEN (4))




L 1 - LAYANAN KELAS PERTAMA

Untuk menjadikan anda kaunselor yang kompeten, berikan layanan kelas pertama, seperti layanan yang diterima di hotel-hotel kelas lima bintang apabila anda berurusan di kaunter, malah ketika masuk ke hotel itu lagi.

Ketika klien datang, tunjukkan anda berminat. Sambut kedatangannya dan sampaikan mesej bahawa anda benar-benar berminat hendak membantu klien, wujudkan rasa selesa pada diri klien.



2. LEMPARKAN SENYUMAN DAN BERILAH SALAM
Lemparkan senyuman seikhlas senyuman seorang bayi kepada klien anda biar bagaimanapun kedatangannya, rupa kulitnya, bangsanya, sama ada dia dirujuk atau sukarela.
Senyuman adalah sedekah. Senyuman dan salam ikhlas, berjabat tangan atau peluk jika sesama jantina akan mengeratkan persaudaraan dan seolah-olah membisikkan "aku dihargai" pada diri klien.



3. L - POSISI PALING IDEAL
Pakar-pakar kaunseling sebagaimana dalam Khadijah Rohani dan rakan-rakan (2007) menyatakan setting 'squarely' yang menyerupai L iaitu kedudukan kaunselor dan klien bukan saling bertentangan tetapi seakan-akan L iaitu posisi sebelah menyebelah akan membolehkan suasana lebih selesa dengan sudut pandangan lebih luas. Duduk secara bertentangan tidak digalakkan.


4. LAPANG DADA
Sambutlah kedatangan klien dengan berlapang dada (open posture). Kaunselor harus menunjukkan bahasa tubuh badan yang terbuka, berlapang dada dan tunjukkan isyarat serta tingkah laku yang dia seolah-olah berautoriti atau pakar namun caring. Jangan bersikap tertutup seperti berpeluk tubuh, bercakap sambil membuat kerja, menyilangkan kaki di sebelah lutut, membiarkan fail bersepah-sepah dan sebagainya.


5. LENTURAN TUBUH

Kaunselor yang baik juga akan condong dan menghala kepada klien bagi menunjukkan kemesraan dan penerimaan kepada klien. Perlakuan yang tidak baik adalah duduk menyandar ke belakang, meletakkan tangan di tengkuk dan menyandar, bergoyang kaki dan sebagainya

6. LAYANAN MATA
Layanan mata atau eye contact adalah penumpuan kaunselor kepada muka klien dan juga gerak geri seperti memandang mata, memandang tangan, cara duduk klien, gerak kaki dan mood klien ketika itu, Antara yang perlu dijauhi ialah menenung dengan tajam, merenung tanpa henti, pakai kaca mata hitam, menjeling-jeling, kerap melarikan pandangan ke sudut lain, memandang dengan pandangan kosong atau berkhayal.


7. LEPAK
Akhir sekali, kaunselor juga digalakkan bersikap lepak atau releks dan tenang. Jangan menunjukkan situasi resah, gelabah, mengejar masa, sering melihat jam, melayan panggilan telefon atau sms, melayari internet atau ym, melayani orang yang datang ke bilik dan sebagainya.




JUMPA LAGI DALAM SIRI YANG LEBIH MENCABAR...TEKNIK MELAYAN...

0 comments:

Panduan Mendapatkan RM Pertama Anda di Internet.
Dapatkan Laporan Percuma Anda Di Sini

Ingin Bertanya?

Pertanyaan




Form View Counter
This Blog Is Created By
NazriTakuan @ CG Solution & Technology

  © Blogger template 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP