Tuesday, February 10, 2009

LANGKAH DEMI LANGKAH MENJADI KAUNSELOR YANG KOMPETEN (SIRI 1)

SIRI 1: MEWUJUDKAN SUASANA TERAPUTIK DAN MEMBINA HUBUNGAN

UNTUK
menjadi kaunselor yang kompeten, anda haruslah bermula dengan keupayaan memahami dunia kaunseling dan meraih ilmu di institusi yang diiktiraf, selanjutnya berusaha mengasah kemahiran. Namun selepas bergelar kaunselor, anda harus bijak 'menjual diri' agar pelajar seronok mendekati anda. Dalam siri pertama ini, saya ingin berkongsi pandangan bilik kaunseling yang teraputik:


GAMBAR 1: LAMAN DI HADAPAN BILIK KAUNSELING
(Pusat perkumpulan pelajar untuk membolehkan kaunselor membina 'rapport')

Jika kaunselor dapat mengusahakan laman seperti di atas, dengan bantuan PIBG misalnya, alangkah baiknya. Laman ini dapat dijadikan medan pertemuan tidak formal kaunselor dengan pelajar-pelajar, seterusnya mendekatkan mereka ke alam kaunseling
GAMBAR 2: SUASANA RUANG TAMU YANG TERAPUTIK


Gambar 2 menunjukkan contoh kaunselor boleh menghias ruang tamu Bilik Kaunseling bagi meraikan kedatangan tetamu anda dan mewujudkan suasana tenang.

GAMBAR 3 & 4: RUANG TAMU YANG TENANG DAN TERAPUTIK


Pelajar yang berkunjung ke bilik kaunseling dan ingin berkongsi masalah dengan kaunselor atau ingin mendapatkan maklumat sudah tentu inginkan ketenangan. Ketenangan dapat dirasai sebelum mereka berjumpa kaunselor lagi jika bilik tamu dihias secantik begini.
GAMBAR 5 & 6: BILIK PENGURUSAN DAN KAUNSELING YANG TERAPUTIK

0 comments:

Panduan Mendapatkan RM Pertama Anda di Internet.
Dapatkan Laporan Percuma Anda Di Sini

Ingin Bertanya?

Pertanyaan




Form View Counter
This Blog Is Created By
NazriTakuan @ CG Solution & Technology

  © Blogger template 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP