PETUA MENDIDIK ANAK: PERSPEKTIF AL-GHAZALI DAN ADLER (BHG 2)
KITA tentu tertanya-tanya, mengapakah keruntuhan akhlak remaja hari ini semakin menjadi-jadi? Berita terkini dalam akhbar hari ini, seorang remaja berusia 16 tahun dicolek dan dibunuh dengan kejam oleh kumpulan remaja juga.
Pakar-pakar pendidikan mengesahkan berdasarkan kajian bahawa perkembangan seawal usia 5 tahun pertama amat penting untuk perkembangan anak-anak. Begitu juga di peringkat anak-anak meningkat remaja dan dewasa.
Imam Al-Ghazali, begitu menekankan peri pentingnya ibu bapa dan pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak (Mastura Badzis: 2008). Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak belajar melalui pemerhatian yang jika dibiarkan akan menjadi kebiasaan, maka lebih sukar untuk dibentuk. Al-Ghazali bersetuju agar peneguhan atau hukuman dikenakan dalam mendidik anak-anak. Namun yang terbaik adalah melalui pendidikan jiwa dan dengan menjaga maruah anak-anak.
Kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukmin, jika anak-anak masih berterusan melakukan kesalahan, maka ibu bapa boleh menghukum secara rahsia dan hanya melibatkan siayah dan sianak, demi menjaga maruahnya (Muhammad Jamaluddin: 1988).
Adler pula mengemukakan konsep Persekitaran Keluarga. Menurut Sherman dan Dinkmayer (1987), menurut Adler, corak perhubungan antara ahli keluarga, iaitu persekitaran keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak. APabila sesebuah keluarga yang dipimpin oleh ibu bapa menetapkan nilai-nilai keluarga, iaitu nilai-nilai yang perlu diambil peduli oleh ahli keluarga, akhirnya akan membentuk persekitaran keluarga. Misalnya, amalan membaca dan mengutamakan ilmu. Jika ibu bapa menunjukkan teladan, anak-anak akan mencontohinya.
Namun menurut Adler, kesilapan ibu bapa yang menyebabkan anak-anak terlibat dalam salah laku adalah kesilapan dari segi matlamat (mistaken goal). Apakah mistaken goal ibu bapa seterusnya membentuk mistaken goal anak-anak yang menyebabkan mereka terjebak dalam salah laku? Bagaimanakah pula perspektif Islam dalam konteks bicara Al-Ghazali dalam hal ini? Ikuti bahagian ketiga.
0 comments:
Post a Comment