Friday, October 24, 2008

MENANGANI MASALAH KELUARGA BERDASARKAN TEORI STRUKTURAL

Susunan Esa Abd Samad, adiputerajagat@yahoo.com

Kes:

Pn Bella, berusia 28 tahun adalah ibu kepada empat orang anak, iaitu Benji, 12 tahun, Bibah, 8 tahun, Bienda, 5 tahun dan Bilal, 2 tahun. Suaminya, Shamsul, tinggal bersama mereka tetapi akhir-akhir ini jarang berada di rumah kerana dia terpaksa balik lewat, membuat pelbagai kerja sambilan bagi menampung kedaifan kehidupannya. Oleh sebab Shamsul jarang berada di rumah dan kesukaran hidupnya menyara keluarga, Bella dan anak-anaknya sering kali kehabisan sumber makanan malah gagal menampung kos perubatan. Malah flat yang mereka beli turut diancam untuk dilelong oleh bank kerana gagal membayar tunggakan melebihi enam bulan.

Sejak akhir-akhir ini Bella menghadapi pula masalah anaknya, Benji sering kali keluar hingga larut malam dan bercampur-gaul dengan budak-budak nakal. Bella berasa tidak lagi mampu mengawal anak sulungnya itu. Bella mengadukan masalahnya kepada kaunselor di Pusat Kebajikan Komuniti. Pada awalnya mereka mencadangkan Benji dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak. Bella risau anaknya menjadi semakin nakal jika ditempatkan di pusat itu. Dia berkeras mahu menangani sendiri masalah itu. Kaunselor merujuk Bella berjumpa dengan Kaunselor Keluarga di Pusat Kebajikan Komuniti. Sementara itu, ibu Bella yang tinggal bersama mereka, sering kali mendesak Bella menyelesaikan segera masalah rumit itu.

ANALISIS MASALAH BELLA BERDASARKAN PERSPEKTIF MINUCHIN

Dari sudut pandangan strutktural, keluarga Bella nampaknya tidak terurus dan bermasalah. Keluarga ini kekurangan sumber. Bella tidak mendapat sokongan, baik dari suaminya Shamsul mahupun ibunya. Ironinya, tindakan Benji keluar dari rumah menunjukkan ceteknya hirarki keluarga ini dan natijah kemiskinan keluarga mereka. Benji seakan-akan merampas kuasa dari keluarga ini kerana sempadan dalam keluarga telah menjadi kabur. Jika struktur keluarga tidak diperkukuh, Benji mungkin akan bertriangulasi iaitu mengadukan masalahnya kepada orang ketiga, iaitu rakan-rakannya di luar.

PROSES RAWATAN MASALAH KELUARGA BELLA

Bagi membantu keluarga Bella, terapis struktural akan menyertai keluarga ini dan menggalakkan semua ahli menyertai perbincangan termasuk Shamsul dan ibu Bella, setidak-tidaknya dalam kebanyakan sesi. Terapis akan membuat pemetaan mental, selepas semuanya duduk dan beliau menetapkan posisi kedudukan; siapa akan duduk di sebelah siapa dan giliran bercakap. Kemudian terapis menggerakkan posisi kedudukan ahli-ahli dalam bulatan hingga terbentuknya subsistem semulajadi iaitu dalam keadaan ahli-ahli dalam kumpulan sekeluarga dikumpul sekali, seperti antara ibu bapa dan anak-anak. Terapis akan men ggunakan teknik mimesis dan menyesuaikan dirinya dengan perasaan ahli keluarga.
Selepas terapis menyertai dan menyesuaikan diri dengan keluarga, dia akan mengambil alih tugas kepimpinan terhadap keluarga ini. Dia akan menggunakan teknik unbalance iaitu seakan menyebelahi salah seorang ahli dengan menggabungkan diri dalam subsistem keluarga. Dengan berbuat sedemikian, terapis akan menekankan pentingnya subsistem pasangan, Shamsul dan Bella. Dia akan bercakap secara spontan dalam sesi berkenaan. Contohnya, jika Shamsul dan Bella gagal menyuruh anaknya, Benji duduk, terapis akan memujuk anaknya itu duduk. Terapis juga akan menggunakan teknik reframing dalam konteks ibu Bella yang suka campur tangan dan terlebih prihatin terhadap masalah keluarga anaknya.
Terapis memulakan intervensi dengan subsistem ibu bapa untuk menjelaskan sempadan yang kabur dalam keluarga itu. Terapis kurang memberi tumpuan kepada Benji sebaliknya menumpukan kepada aspek dinamika keluarga. Benji mungkin akan kehilangan statusnya sebagai pesakit dan struktur akan bertukar, kuasa akan kembali menyorot kepada subsistem ibu bapa. Pada tahap ini terapis boleh berkongsi dengan Bella dan Shamsul tentang pengetahuan kognitif dan pragnatif untuk membantu mereka mengekalkan situasi keluarga yang telah pulih.

Disesuaikan dan diterjemah secara bebas dari Samuel T. Gladdin (2002). Family Therapy; History, Theory and Practice: USA: Prentice Hall.

0 comments:

Panduan Mendapatkan RM Pertama Anda di Internet.
Dapatkan Laporan Percuma Anda Di Sini

Ingin Bertanya?

Pertanyaan




Form View Counter
This Blog Is Created By
NazriTakuan @ CG Solution & Technology

  © Blogger template 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP